PM Umum PKP Bersasar Bermula 13 Januari Ini.. - Sensasi 24-7

Latest

Isnin, 11 Januari 2021

PM Umum PKP Bersasar Bermula 13 Januari Ini..

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar bermula 13 Januari 2021 (Rabu) untuk mengatasi lonjakan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengisytiharan tersebut dalam perutusan khas sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat susulan kes harian positif Covid-19 di negara ini kekal empat angka direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, PKP pertama kali diumumkan oleh perdana menteri pada 16 Mac tahun lepas dan diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pelaksanaan PKP bermula 18 Mac hingga 4 Mei itu menyaksikan hampir kesemua sektor dan industri penting negara ditutup, dan negara kehilangan hampir RM22.8 bilion dari segi output ekonomi pada suku pertama 2020

Sumber: Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan