Bertunang sebenarnya adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Dari segi agama Islam, bertunang disebut‘khitbah’ dalam bahasa Arab yang bermaksud permulaan kepada pernikahan yang merujuk kepada proses ‘melamar’ seseorang wanita oleh pihak lelaki.
Rata-rata alim ulama menyatakan bahawa hukum bertunang adalah harus, namun Imam Syafie mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat. Sejak zaman Rasulullah lagi, bertunang telah menjadi sebahagian daripada proses pernikahan.
Malah, dalam Islam kita ditegah untuk meminang seseorang wanita yang telah menjadi tunangan orang. Berikut antara dugaan besar ketika semasa bertunang.
Emosi tidak stabil
Setelah mengikat tali pertunangan, sesetengah orang Mengalami esmosi yang tidak stabil. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira dan ada yang terlalu rindu kan pasangan padahal sudah bertahun mengenali hati budi masing-masing. Mungkin saja hati tengah gelisah memikirkan status anda selepas ini.
Kuat cemburu
Hal ini biasa berlaku samaada sebelum bertunang atau sudah bertunang, tetapi perasan cemburu makin membuak-buak setelah bertunang. Sehinggakan ada yang mengupah orang untuk memantau pergerakkan pasangan. Ini boleh mengundang pergaduhan, sebaiknya elakkan daripada berbuat demikian.
Takut tersalah buat keputusan
Setelah bertunang, pasangan mula menunjukkan perangai sebenarnya. Anda mula merasakan yang anda telah tersalah buat keputusan, sedangkan ketika itu anda sedang diuji tahap kesabaran anda.
Gangguan orang ketiga
Banyak kes pasangan yang sudah bertunang tidak jadi berkahwin kerana masalah orang ketiga. Bersabar lah, ini kerana hati diuji saat ingin menghalalkan perhubungan anda. Bertahanlah, tabahkan hati. Kerana anda lebih berhak memilikinya.
Tekanan
Tekanan ini datangnya dari keluarga pihak perempuan, apabila mereka mula membincangkan tarikh, Wang hantaran dan perancangan selepas nikah. Tetapi, jangan cepat menolak mereka. Mungkin saja mereka ingin melihat kesungguhan anda dalam membincangkan hal perkahwinan.
Berjimat cermat
Ketika ini lah anda perlu memikirkan masa depan anda setelah berkahwin, bukan sahaja memikirkan berapa yang bakal habis ketika persandingan. Selepas kahwin adalah pentas sebenarnya kehidupan, berjimat dan menabung lah dari sekarang.
Mula tawar hati
Ini berlaku apabila terlalu banyak ujian menimpa dan akan menjejaskan emosi anda, mungkin saja anda ingin memutuskan tali pertunangan. Tetapi fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang mungkin memakan diri di kemudian hari.
Mendekati zina
Bertunang bukan tiket untuk anda melakukan zina bersama pasangan Sebelum bernikah. Jangan pula kerana gelaran itu anda bebas melakukan perkara terlarang. Ingat! Itu hanya lah godaan syaitan agar hubungan yang suci dicemari maksiat.
Persiapan perkahwinan
Masalah mungkin saja pada kesilapan teknikal dalam sebut harga, tempat persandingan atau tempat fotoshoot. Tapi jangan risau, selesaikan semuanya dengan tenang dan sabar.
Perancangan selepas kahwin
Setelah berkahwin, semuanya berubah. Kini terpaksa fikir tentang rumah, cari rumah sewa. Duduk berasingan dari keluarga dan berdikari. Bermula lah fasa pertama perkahwinan anda.
Apa sahaja dugaan yang mendatang setelah berkahwin, hadapinya dengan tenang dan jangan mudah melatah. Sebelum membuat keputusan, pastikan diri di dalam keadaan sedar dan waras. Berbahagialah hidup di dalam rumah tangga, pupuk rasa kasih sayang dan semai lah Cinta hingga Akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan