Kebiasaanya bagi yang dah kahwin, adalah satu kelegaan terutamanya buat perempuan yang sudah mempunyai suami. Tiada lagi persoalan bila mahu berkahwin, dah berpunya belum, bila nak makan nasi minyak.. Persoalan yang seringkali hinggap pada perempuan yang belum memasuki alam perkahwinan.
Tetapi bila kita dah kawin, jangan pula kita perlekehkan dengan orang lain. Bila kawan-kawan tak kawin lagi, di hidangkan soalan.
" Kau Bila nak kawin ? "
Tahu tak pertanyaan itu mungkin buatkan dia terasa hingga ke dasar hati. Setiap insan pasti mahu berkahwin cuma jodohnya lambat.
Dalam sisi lain, sebenarnya ujian juga terletak pada kita, pada mereka yang sudah berkahwin, masih bujang mahupun telah bercerai.
Dan lebih baik pada yang sudah berkahwin. Lebih baik doakan kawan yang belum berkahwin agar di permudahkan jodohnya.
Kerana saat itu, malaikat bersama kita di majlis yang mulia dan pastinya akan turut mendoakan.
Bia kita bahagia, doakan kawan juga turut bahagia. Baru dapat berkat bersama, jangan pula kita duk perli mereka.
Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’,
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.(Riwayat Muslim)
Berkongsi kasih sayang melalui doa akan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan