Sufi Rashid
"Kehidupan ini sesuatu yang sangat kejam. Malangnya saya ialah salah seorang mangsa pedofil. Saya berusia 12 tahun, saya diberi kesempatan untuk menjadi penyanyi cilik.
Dia diperkenalkan dengan saya untuk menjadi pengurus. Dia disuruh jaga saya, dan masa itu saya masih kecil, jadi dia macam abang saya. Saya baik dengan dia, macam keluarga. Sampai tahap dia ajak saya pergi ke rumahnya. Dia manjakan saya dengan permainan, dia manjakan saya dengan komputer riba.
Bila kita masih muda, kita masih dalam proses pembelajaran. Bila kita nampak benda-benda yang tak senonoh, kita ingat benda tu senonoh. Saya ingat lagi dia ambil kesempatan dekat saya.
Dia cuba buka baju saya, ajak saya tidur dengan dia, dia suruh saya pegang ‘pisang’ dia. Saya ialah mangsa pedofil, dan demi Allah, saya katakan, sesiapa yang jadi mangsa pedofil tidak akan dapat lupakan setiap sudut apa yang berlaku.
Dia suruh saya buat itu buat ini, saya buat sebab saya tak tahu. Dia janjikan saya hadiah, kalau nak permainan (game), buat itu buat ini. Nak katakan saya bodoh, saya masa itu masih budak, tak pandai nak berfikir sangat. Dia manjakan saya dengan barang-barang.
Saya tak beritahu ibu saya tentang ini, kerana pada masa itu saya tak tahu sama ada perkara yang saya lakukan itu salah atau tidak. Lelaki pegang ‘pisang’ lelaki, apa itu? Dan dia pandai mengelak dari orang lain dan emak saya tahu tentangnya.
Perkara itu berlaku banyak kali, di rumah saya, di hotel.
Lelaki itu sangat pandai, depan ibu saya, dia layan saya sangat baik. Dia buat ibu saya percaya tiada apa yang berlaku tetapi di belakang tabir Allah saja yang tahu.
Ia membuat saya sangat marah dan pernah saya bertumbuk dengannya tetapi dia pandai mengelak sehinggakan saya pula yang digari polis kerana bergaduh dengannya. Sekiranya membunuh itu halal, saya pasti sudah membunuhnya.
Saya rasa jijik bila mengingati semula apa yang dia lakukan kepada saya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan