Pelajar Patah Tulang Hidung Ditumbuk Pemandu Grab Car - Sensasi 24-7

Latest

Isnin, 14 Ogos 2017

Pelajar Patah Tulang Hidung Ditumbuk Pemandu Grab Car


Puchong: Akibat salah faham, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah swasta ditumbuk pemandu perkhidmatan kereta sewa ketika menggunakan khidmat kenderaan berkenaan dari Puchong Jaya ke pusat beli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan mangsa yang bersekolah di Petaling Jaya patah tulang hidung.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu kini direman empat hari untuk membantu siasatan selepas ditahan di satu lokasi di Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, mangsa menggunakan perkhidmatan kereta sewa berkenaan dari rumahnya di Puchong Jaya.

“Mangsa dikatakan berselisih faham dengan pemandu berusia 30 tahun berkenaan menyebabkan dia ditumbuk ketika dalam perjalanan. Mangsa disahkan patah tulang hidung selepas melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan bekerja sepenuh masa sebagai pemandu perkhidmatan kereta sewa sejak dua tahun lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan