Baru-baru ini seorang jejaka kacak bernama Muhamad Ameen menjadi bualan hangat oleh pengguna media sosial.
Bukanlah sebab kekacakkannya yang membuatkan orang ramai naik ‘gila’ tetapi disebabkan cara layanan terhadap ibu tercinta membuatkan ramai orang kagum dan terus memuji tindakkannya.
Ameen yang teruja menyambut ulang tahun kelahiran ibunya yang berusia 63 tahun memberitahu dia sudah lama tidak memberi hadiah buat ibunya.
Dikesempatan itu, Ameen telah menempah hadiah istimewa dari Kelantan untuk diberikan kepada ibunya.
“Hari ini saya excited gila sebab dapat parcel dari Kelantan. Sebenarnya esok birthday mak saya yang ke-63 dan saya dah lama tak bagi hadiah dan saya harap ibu saya suka. Selamat hari jadi mak,” katanya sambil menahan sebak.
Setelah beberapa jam, Ameen kelihatan sudah tiba di rumah dan memanggil ibunya untuk masuk ke dalam bilik.
Sebaik ibunya masuk, dia terus menyuruh ibu duduk dan melutut sambil memberi satu bekas merah yang dipercayai mengandungi gelang emas di dalamnya.
Terkejut dengan apa yang terjadi, si ibu bagaikan keliru dan terdiam memerhatikan tindakan anaknya.
“Kau bagi ibu ke ni? Ish ibu tanya ni, membazir duit je” tanya si ibu.
Namun tanpa bercakap banyak, Ameen segera memakaikan gelang tersebut ke tangan ibunya dan merangkul serta merenung ibunya dengan penuh manja.
Si ibu yang terharu dengan pemberian tersebut menangis lalu memeluk erat anaknya sambil mengucapkan terima kasih.
Ameen yang kelihatan sangat tenang tidak lupa mencium ibunya dan memujuk untuk berhenti menangis.
Tindakan manja lelaki ini telah membuatkan ramai netizen terutamanya perempuan berkongsi perasaan mereka dan menganggap bertuah sesiapa sahaja yang memiliki lelaki ini .
Okay tak nak cakap banyak korang tengok sendiri video ini sepenuhnya.
Sumber: MEDIA HIBURAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan