Sangat Sedih!! 3 Beradik Ditinggalkan Bergelumang Dengan Najis Dalam Bilik Sewa - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 4 Ogos 2017

Sangat Sedih!! 3 Beradik Ditinggalkan Bergelumang Dengan Najis Dalam Bilik Sewa


JOHOR BAHRU - Viral gambar tiga kanak-kanak ditinggalkan dalam bilik yang kotor (rumah kedai) dan tidak terurus serta makan kerak nasi, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Julian Abd Razak itu menunjukkan adik-beradik masing-masing berusia 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dalam keadaan yang amat menyedihkan. 

Julian berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya makan kerak nasi yang dicampur dengan kicap sahaja. 

"Ibu bapa mereka dikatakan berkerja tetapi tidak menguruskan anak dahulu sebelum pergi bekerja. Tiga beradik ini hanya ditinggalkan begitu sahaja, bergelumang dengan najis di atas tilam. 

"Saya difahamkan ibu mereka bekerja di salah sebuah kilang di Gelang Patah. Dan bapa mereka telah diamanahkan untuk menjaga tiga beradik ini. Tetapi ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus," katanya. 








Menurut Julian, keadaan tiga beradik yang tidak terurus itu hanya diketahui semalam selepas salah seorang jiran mereka terdengar bunyi pinggan terjatuh, lalu bergegas melihat keadaan mereka. 

Susulan viral itu, pihak JKM Johor Bahru bersama dengan anggota Polis Cawangan Larkin telah datang ke kediaman tersebut. 

"Anak ini sudah mendapat perhatian JKM dan telah dipindahkan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Sultanah Aminah. Syukur pada Ilahi dipermudahkan segala urusan," katanya pada jam 4.53 petang semalam.



Di ruangan komen, Julian menjelaskan pasangan berkenaan yang balik pada waktu malam hairan apabila mendapati anak-anak mereka tiada di dalam bilik, sebelum dimaklumkan oleh pemilik tempat itu mengenai apa yang berlaku.

"Ibu bapa mereka balik pada waktu malam dan pemilik tempat itu memaklumkan kepada mereka apa yang telah berlaku. Pada awalnya ibu bapa mereka tidak mahu mengaku, kononnya terpaksa tinggalkan anak sebab ada kursus. Namun kejadian ini bukan kali pertama berlaku. 

"Kemudian si ibu bertanya di mana anak-anak dia. Pemilik tempat itu memaklumkan anak-anaknya telah diambil oleh pihak JKM dan dibawa ke pusat jagaan kanak-kanak. 

"Mereka menangis teresak-esak seperti kematian anak selepas dimaklumkan. Si ibu berkata, dia sayangkan anak-anaknya dan tiga beradik itulah semangat dia untuk hidup dan tidak sanggup berjauhan dan mereka tidak pernah berpisah. 

"Kami hanya mampu tengok saja 'drama sedih' itu, sebelum ditenangkan oleh pemilik tempat itu. Dalam masa yang sama dia berkata dia menyesal buat anak-anaknya begitu. 



"Saya harap mereka berdua sudah mendapat pengajarannya. Menurut info dari JKM, mereka tidak boleh berjumpa dengan tiga beradik itu buat sementara waktu," katanya.

Sumber: The Reporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan