Jika anda jenis yang suka menyimpan dan menggunakan span basuh pinggan sehingga hitam lebam, anda mungkin perlu berfikir semula tabiat itu kerana satu kajian terbaru oleh pengkaji Jerman berkata alat pembersih itu mungkin menjadi rumah kepada 5 trillion kuman.
Pengkaji itu mengkaji menggunakan 14 span dapur yang sudah digunakan oleh penduduk di selatan barat Jerman dan mendapati alat itu dipenuhi dengan bakteria.
Kata kajian itu juga, usaha untuk membersihkan span yang sudah tercemar itu mungkin hanya akan membuang masa, jadi cara terbaik adalah dengan menukar alat itu seminggu sekali.
Malah, memanaskan guna mikrowave atau air panas hanya berkesan membunuh sedikit dari kuman-kuman di dalamnya.
"Dalam perspektif jangka masa panjang, kaedah pembersihan dilihat tidak mencukupi untuk mengurangkan jumlah bakteria di dalam span dapur dan mungkin meningkatkan jumlah bakteria berkaitan RG2.
"Oleh itu, kami mencadangkan cara yang biasa (dan murah) dengan menukar span dapur, sebagai contoh, setiap seminggu sekali." kata kajian itu.
Sumber: Siakapkeli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan