Viral Tauke Kilang Kayu Balak Comel & Cantik, Bapa Mertua Luah Rasa Sedih - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 6 Ogos 2017

Viral Tauke Kilang Kayu Balak Comel & Cantik, Bapa Mertua Luah Rasa Sedih


Baru-baru ni viral di laman sosial media apabila seorang tauke kayu balak berwajah comel, Nur Syamimi sudah berstatus ‘Jutawan’ di usia muda. Suaminya pula sudah mendapat gelaran Dato’. Tapi macam biasa, bila seseorang tu berjaya pastinya akan ada pihak yang menyokong dan ada juga mencaci.

Sedih dengan perkara itu, bapa mertua kepada Nur Syamimi tampil memberi penjelasan dan berkongsi pengalaman turun naik anaknya sehingga lah berjaya hingga sekarang.

Jom baca..


Alhamdulillah...syukur, lepas lunch macam biasa aku suka membelek belek page Blog blog tersohor tempatan juga Blog blog Antarabangsa berbahasa Inggeris, aku juga tidak lupa membaca page atau paparan Berita Online.

Tengahari ini aku agak teruja bilamana aku secara tidak sengaja terbaca cerita anak anak aku di paparan Sinar Harian Online, cerita anak anak aku yang jadi Jutawan dalam usia muda juga terdapat di media media sosial sebelumnya.

Pada awalnya aku agak gembira bercampur bangga bila mendapati anak anak aku berjaya di usia muda, mereka sekarang baru menjangkau usia 24 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Walaubagaimanapun aku merasa sedikit sedih, kecewa dan marah bilamana aku membaca komentar komentar yang di tulis oleh orang ramai, rata rata komentar negatif yang berbahasa kesat, sindiran tak juga berbaur lucah serta cacian.

sebagai seorang lelaki dewasa dan juga bapa kepada anak anak, lebih lebih lagi berprofesion sebagai seorang profesional dan juga sebagai seorang Penulis Cerita Dakwah Jalanan atau Street Dakwah Writer maka aku merasa terpanggil untuk menjawab semua tomahan dan segala soalan yang di lemparkan kepada anak anak aku.

Aku Ali Zaik Bin Ibrahim aka Ali Russia lebih mengetahui akan perjalanan hidup anak anak aku dari kalian semua yang hanya sekadar membaca di ruangan Surat Khabar, Majallah atau pun di media media elektronik mahupun di medium facebook, Whatsup atau lain lain bahan bacaan.

Sememangnya anak anak aku kaya dan berjaya sehingga menjadi Jutawan Remaja seawal usia 19 tahun, di usia 20 tahun mereka telah memiliki harta dunia yang di impikan oleh ramai remaja....

Ceritanya hanya lah bermula dengan...

Cerita

Aku berada di luar negara dan anak anak aku berada di Malaysia meneruskan persekolahan, habis sekolah menengah anak lelaki ku melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti Tempatan dengan mengambil Jurusan Pengurusan Perniagaan dan Penggurusan Sumber Manusia.

Aku memiliki sebuah rumah di Subang Jaya dan anak aku tinggal di sana bersama seorang sahabat Biker iaitu Hafiz aka Apai dari Kelab Moto VSMG.

Anak aku meneruskan pengajian sehingga tamat peringkat Diploma dan setelah itu anak aku meminta keizinan untuk keluar Dakwah Tabligh 40 hari, aku berserta isteri dan anak bongsu ketika itu Ali Jafry menghantar beliu ke Markas Dakwah Seri Petaling dan di ringkaskan beliu tamatkan Khuruj 40 hari.

Anak aku menjalani kehidupan remajanya seperti biasa dan beliu bercita cita menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana dan aku memang menggalakkanya untuk belajar.

Tetapi apa yang di rancang oleh kita sebenarnya bukan berjalan menggikut apa yang kita mahukan, kehendak aku ialah anak aku belajar sehingga peringkat yang tertinggi dan bekerja lalu berkahwin.

Perancangan tak menjadi, apa yang berlaku ialah sebaliknya, aku kahwinkan anak aku di usia muda, seterusnya belajar dan terpaksa bekerja.

Bagaimanapun aku memberi sokongan yang kuat dari belakang.

Kita pendekkan cerita...

Aku masih ingat di saat saat getir ketika aku di dalam masalah keewangan, kerana aku telah mengalami kerugian secara tunai dengan jumlah jutaan ringgit semasa aku membina dan menjalankan sebuah Budget Hotel dan International Backpackers bertempat di China Town Kuala Lumpur.

Susahnya aku ketika itu sehingga aku terpaksa berkongsi duit bersama anak anak aku, RM 50 di bahagi dua, dan kadang kala anak menantu perempuan ku menghulurkan aku RM 50, beliu ketika itu menjalankan bisnes online secara sambilan kerana beliu juga masih belajar di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Kota Bharu dalam Jurusan Arkitek.

Masa berlalu dengan pantas dan anak aku dan isterinya meneruskan kuliah sambil bekerja dengan membuat berbagai perniagaan online untuk menampung kehidupan berkeluarga.

Aku masih ingat dan ianya masih segar di dalam ingatan bagaimana aku melihat anak lelaki ku semakin hari semakin kurus kerana kurang makan dan sibuk dengan pelajaran, menjadi suami dan juga mengguruskan peniagaan onlinenya.

Begitu juga dengan menantu perempuan ku, berkejar kesana sini, pagi pagi ke Kuliah dan sebelah petangnya sibuk dengan urusan melayan pelangan yang membuat order, menghantar barang jualan, membungkus sendiri apa yang perlu dan malamnya menggulangkaji pelajaran Kuliahnya dan menjalankan tangung jawab sebagai Suri rumahtangga.

Aku hanya memerhati dari jauh, jauh di sudut hati aku...aku menanggis...menanggis melihat mereka berdua yang mengorbankaan keseronokan zaman remaja mereka demi mahu berjaya untuk membina sebuah rumah tangga dan empayar perniagaan mereka.

Kesedihan aku semakin bertambah bila melihat sang isteri kepada anak ku berbadan dua berlari kesana sini untuk meneruskan tangungjawab sebagai pelajar, suri rumah, bakal ibu dan juga sebagai seorang peniaga....Allahu

Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun, akhirnya di awal usia 20 tahun mereka suami isteri mendapat cahaya mata dan di beri nama Ali Mickhael Bin Ali Akmaluddin Bin Ali Zaik.

Aku juga melihat bagaimana anak lelaki ku mengendong bayinya yang baru berusia beberapa bulan, berkejar menghantar pesanan dari pelanggan dan aku juga melihat bagaimana anak lelaki remaja ku yang baru bergelar ayah di usia 20 tahun menyalin pampers, menyuapkan makanan bayinya dan mendodoikan bayinya untuk tidur sedangkan beliu sendiri belum makan dan belum tidur dengan secukupnya.

Bhai, Allah Maha Pengasih dan Maha Pemberi rezeki, dalam jangkamasa satu tahun lebih anak anak aku berjaya mengembangkan perniagaan mereka, mereka berjaya membina empayar perniagaannya sendiri, mereka memiliki ratusan Down line juga cawangan sehingga ke Jakarta Indonisia, sehingga kini mereka mempunyai Rakan Kongsi di Indonisia dan memiliki Ibu Pejabat di Indonisia serta rangkaian Stokisnya.

Kehidupan mereka berubah, dari memiliki sebuah kereta murah Satria yang di beli hasil dari terkumpulnya duit perniagaan akhirnya mereka mampu membeli sebua Kereta mewah Porche secara tunai, membina sebuah bangunan Pejabat sendiri, membeli sebuah rumah secara tunai dengan harga setengah juta, mengambil pekerja pekerja yang di bayar gaji bulanan, membeli lagi kereta kereta mewah sebagai aset seperti Range Rover Evox, Skyline GTR, Mini Cooper Country Man, Audi TT, Walfire dan berbagai lagi, semua ini di beli secara tunai kerana usia mereka masih muda untuk membuat pinjaman.

Dari modal dan pengalaman perniagaan ini lah mereka kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaannya sehingga kini mereka menceburi bidang perniagaan Kayu Balak, kini mereka memiliki Kilang Memotong Kayu Balak sendiri.

Kini mereka mengeksport papan papan yang di proses di Kilang mereka ke Thailand dan rantau Asia.

Bhai, aku menulis artikel ini bukan lah bertujuan untuk menceritakan akan kekayaan anak anak aku tetapi aku nak menceritakan tentang Kekayaan dan Kerahiman Allah Rabul Alamin dan juga yang aku nak kongsikan ialah betapa segala tomahan dan caci maki serta cercaan kepada anak anak aku itu adalah tidak adil...

Kenapa aku kata tidak adil, kerana anak anak aku di usia 18 tahun sudah pun menempuh kesusahan, bekerja mengumpulkan duit serta bertungkus lumus bekerja, menjadi ibu dan bapa, menjadi pelajar, menjadi peniaga sehingga terpaksa meninggalkan zaman remaja mereka di kala remaja remaja lain berseronok di Cafe cafe, bersuka ria di parti parti, bergelak ketawa sesama rakan sebaya TETAPI anak anak aku bermandi keringat memikul barang jualan, menjaja barang dagangan sambil mendokong bayi mereka yang masih kecil yang tak tau apa apa.

Kamu di luar sana boleh berkata dan menulis apa saja di ruangan komen, kami anak beranak tidak akan berkecil hati apa lagi untuk marah, kerana kami tahu apa yang kami buat dan kami tak mahu tahu pun apa yang kamu buat.

Semuga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua untuk menjadi Umat Nabi saw yang terbaik.

Mohon maaf sekiranya tersalah kata...

Nota Kaki
Aku harap kalau admin Sinar Harian Online baca artikel jawapan untuk aku pertahan kan anak anak aku ni, tolong la postkan atau siarkan atau muat naikkan dalam page mereka yer...biar kaki komentar yang suka cakap ikut sedap mulut tu baca...

Wallaahwaalam

Psst : Kini anak aku sedang membina sebua rumah 3 tingkat dengan harga 2 juta, kolam renang dan mempunyai 20 bilik...aku tanya kenapa banyak bilik katanya adik adiknya ada 6 orang dan saudara mara ramai....ko tak sakit ati ker..?

Sumber: Ali Zaik Bin Ibrahim via OHBULAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan