Seorang lagi artis yang dikaitkan bercinta dengan pemain bola sepak. Peminat jadi tak keruan bila bila mendengar tentang spekulasi percintaan penyanyi Wani Kayrie.
Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik Wani di Instagram bersama pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid.
Bukan senang nak nampak Wani bersikap terbuka macam ni, lebih-lebih lagi dari awal kemunculannya sebagai artis dia jarang sekali berkongsi gambar dengan lelaki.
Ada juga yang mendakwa pernah ternampak Wani pernah datang sendiri ke stadium untuk menyaksikan Safawi bermain bola.
Amboi, macam betul-betul serius je hubungan mereka berdua? Ini jawapan Wani.
"Sebenarnya kami kawan sahaja. Kami kenal pun melalui Instagram je. Memang niat kami pada mulanya mahu berkawan sahaja. Saf sendiri tak kisah kalau saya berterus-terang pada semua tentang hubungan persahabatan kami. Dua-dua masih muda, jadi soal cinta kami ketepikan dulu," katanya pada Media Hiburan.
Tambah pelantun lagu Jangan Jangan ini lagi tujuannya memuat naik gambar tersebut cuma untuk berkongsi kegembiraan dan bukannya untuk membuka rahsia hubungan mereka.
"Jujur saya katakan, sejak kenal dengan dia saya jadi minat pasal bola. Ibu saya pun ikut sama turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan."
Kalau betul ada hubungan istimewa pun apa salahnya kan. Doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan