Pada musim raya haji ini, eloklah mak-mak godek cara macam mana untuk lembutkan daging lembu dengan mudah bagi hilangkan rasa liat sebab ini salah satu makanan basah yang agak glamour di musim raya.
Haruslah ada yang nak buat sup, goreng kunyit, rendang guna daging, gulai, masak merah, dan macam-macam. Tetapi jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi liat dan kurang sedap.
Kalau rebus lama, ingat daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna beberapa cara ini untuk melembutkan daging. Jom lihat satu persatu…
INI CARA YANG MAK-MAK KENA DAHULUKAN
Letak daging yang bersih dalam peti
Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.
Langkah-langkah:
Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu.
1. Guna Biji Kurma
Rupanya berguna juga biji kurma ni. Selalu buang sahaja. Sekarang boleh guna untuk mengempukkan daging.
Langkah-langkah:
Ambil dalam 5 biji masukkan kedalam lauk daging atau sup.
Masa hidangkan jangan lupa keluarkan biji tersebut. Nanti ada yang menjangka biji kacang pula.
2. Guna daun betik
Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.
Langkah-langkah:
Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
Rebus daging (bergantung menu masakan).
Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.
3. Cuci dengan nenas
Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.
Langkah-langkah:
Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.
4. Rebus dengan rempah
Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.
Langkah-langkah:
Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah, ya.
5. Guna daun nangka
Langkah-langkah:
Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.
Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.
6. Daun pisang abu
Langkah-langkah:
Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.
Carik-carikkan daun pisang abu.
Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.
7. Pinang tua
Langkah-langkah:
Ambil 1/2 atau 1 biji pinang tua.
Kupaskan dan bersihkan pinang tua.
Masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.
Semua cara yang kongsi ini dapat membantu melembutkan daging, anda boleh pilih salah satu cara yang paling praktis dan mudah.
Sumber: Mingguan Wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan