Datuk 70 Tahun Paksa Anak Tiri Makan Panadol 7 Biji & Air Soda Selepas Merogolnya 10 Kali Untuk Elak Kehamilan - Sensasi 24-7

Latest

Sabtu, 2 September 2017

Datuk 70 Tahun Paksa Anak Tiri Makan Panadol 7 Biji & Air Soda Selepas Merogolnya 10 Kali Untuk Elak Kehamilan


Semuanya tidak mustahil jika berlakunya perkara sebegini yang amat mengejutkan ramai apabila seorang lelaki yang layak dipanggil datuk berusia 70 tahun dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu dengan sanggup merogol anak tirinya sendiri sehingga mengandung 4 bulan.

Menurut sumber dari Tribunnews, lelaki durjana tersebut bernama MS dari Kebumen, Indonesia yang didapati telah membuat pengakuan bahawa dia merogol anak tirinya yang dikenali sebagai Bunga sehingga 10 kali.

Mangsa seorang remaja perempuan yang masih muda dan berusia 16 tahun dipercayai terpaksa menuruti segala kehendak lelaki terbabit untuk memuaskan nafsu serakahnya malah dikatakan amat takut selepas diugut akan dihantar semula ke rumah datuknya di Wonosobo.

Pada ketika itu, Bunga dikatakan tinggal bersama ibu kandungnya dan lelaki terbabit. Bunga turut menyatakan bahawa dia tidak berani untuk melawan bapa tirinyanya itu selain takut dengan berbagai ugutan.

Menurut sumber lagi, pada Mei 2017 adalah kali pertama suspek merogol mangsa dan helah lelaki itu bermula dengan mengajak gadis cantik itu pergi ke ladang yang berada di kampung mereka dengan tujuan untuk mengutip hasil tanaman cili yang dikatakan berwarna merah.

Selepas sampai di kawasan ladang berkenaan, suspek kemudiannya tidak melepaskan peluang itu dan terus mengambil kesempatan untuk merogol mangsa sewaktu berada di kawasan ladang berkenaan.

Setelah selesai memperkosa Bunga, suspek dipercayai telah memaksa mangsa untuk menelan sebanyak 7 biji panadol diikuti meminum air soda dengan tujuan untuk mengelakkan gadis terbabit mengandung di atas perbuatan kejamnya itu.

Tidak berhenti di situ, setelah selesai memperkosa gadis it di ladang, suspek juga turut merogol mangsa sewaktu di rumah ketika ketiadaan isterinya.

Walau bagaimanapun, perbuatan keji suspek akhirnya terbongkar juga selepas anak kandung suspek sendiri bertindak melaporkan tentang perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Lelaki kejam itu akhirnya ditahan polis ketika waktu malam di rumahnya pada Isnin lalu.

Kes tersebut akan disiasat mengikut undang-undang negara Indonesia dengan pertuduhan melakukan kesalahan bersetubuh dengan remaja di bawah umur.

Siapa sangka, seorang lelaki berusia 70 tahun sanggup melakukan perkara terkutuk ini terhadap anak tiri sendiri yang masih lagi muda remaja berusia 16 tahun. Sepatutnya lelaki diusia begini sedang mendekatkan diri dengan Tuhan seperti kebiasaan lelaki lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan