Makhluk Ini Dipanggil ‘Lagenda Syaitan’ Oleh Penduduk Kampung Sehingga Identiti Sebenarnya Terbongkar, Rupa-rupanya Ia Adalah… - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 10 September 2017

Makhluk Ini Dipanggil ‘Lagenda Syaitan’ Oleh Penduduk Kampung Sehingga Identiti Sebenarnya Terbongkar, Rupa-rupanya Ia Adalah…


Biasanya apabila manusia berhadapan dengan makhluk-makhluk yang tidak dikenali atau tidak pernah ditemui, mereka akan berasa takut akan ancamannya. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan ketakutan yang membelenggu mereka.

Selama bertahun-tahun, di Amerika Tengah dan Selatan terdapat sebuah kisah legenda, ketika malam berawan gelap, seekor anjing iblis gergasi bernama “El Cadejo” akan muncul dan berkeliaran di bumi. Ia akan menangkap haiwan-haiwan ternakan yang berkeliaran. Jadi jangan pulang ke rumah bersendirian, mabuk di tengah malam jika tidak anda akan ditangkap, anda akan diseksa hingga mati oleh makhluk ini.


Walaupun ia adalah kisah legenda yang sangat lama tetapi ianya masih dipercayai di kampung kecil ini – San Radael Pacaya, sesetengah ternakan hilang secara misteri dan ada yang mati di ladang.

Desas desus mengenai El Cadejo tersebar luas di kampung. Ternakan punya semakin banyak yang menjadi mangsa dan mereka mula ketakutan kedatangan semula El Cadejo akan memburukkan keadaan.

Semakin banyak ternakan diserang dan mati. Akhirnya penduduk kampung mengambil keputusan untuk mengumpulkan seluruh penduduk kampung untuk memerangi makhluk itu.

Untuk menghentikannya daripada menyerang ternakan mereka. Sejak saat itu, penduduk kampung bergilir-gilir mengawasi kampung mereka pada waktu malam dan juga pergi memburu makhluk itu untuk menghalang makhluk itu menyerang lagi.

Selepas beberapa hari memburu, mereka menemui seekor haiwann yang kelihatan mirip ‘legenda syaitan’ di dalam kisah dogeng mereka. Penduduk kampung yang telah dibutakan dengan kemarahan mereka telah memukul makhluk itu hingga mati.

Apabila penduduk kampung menganggap pengalaman pahit mereka berakhir, saintis yang pakar dalam haiwan dipanggil untuk membuat pemeriksaan. Saintis memberitahu mereka bahawa mereka sangat naif. Haiwan malang yang terbunuh itu bukan syaitan seperti yang mereka fikirkan. Makhluk itu adalah sejenis beruang madu yang dipanggil Kinkajou.

Walaupun beruang madu ini adalah omnivor tetapi spesies ini lebih suka untuk makan buah-buahan. Kadang-kadang berung ini juga makan haiwan seperti burung, telur burung dan cacing.

Spesies ini juga tidak mempunyai keupayaan untuk menyerang ternakan atau manusia. Beruang madu ini sangat sukar difahami sebenarnya dan hanya dapat dijumpai jauh di dalam hutan. Ia sangat jinak dan sangat takut kepada manusia dan biasanya mencari makanan pada waktu malam.

 

Oleh kerana kecuaian dan ketakutan penduduk kampung, spesies beruang madu yang tidak bersalah ini terbunuh. Ia adalah sesuatu yang benar-benar menyedihkan. Spesies itu sepatutnya dilindungi tetapi malangnya dia yang menjadi mangsa keadaan. Menyedihkan!

Sumber: Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan