Aliff Syukri Bengang Netizen Tuduh Beliau Bayar Gaji Bodyguard Hanya RM 1,000 - Sensasi 24-7

Latest

Rabu, 15 November 2017

Aliff Syukri Bengang Netizen Tuduh Beliau Bayar Gaji Bodyguard Hanya RM 1,000


Sering menerima kecaman netizen dalam setiap perkara yang beliau lakukan, Datuk Seri Aliff Syukri bagaimanapun masih tetap ingin memuat naik perihal peribadinya di akaun Instagram.

Terbaru, timbul pula beberapa dakwaan daripada netizen yang mengatakan Aliff hanya membayar gaji sebanyak RM 1,000 kepada pengawal peribadinya. Eh betul ke? Netizen berpendapat bayaran itu tidak setimpal dengan skop kerja serta kos sara hidup di Malaysia yang semakin meningkat naik.

Walaubagaimanapun, Aliff menafikan dakwaan tersebut dan meminta netizen tidak memfitnah beliau. Aliff juga memuat naik beberapa “screenshot” kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.




Agak tidak logik kalau hendak beri gaji RM1,000 zaman sekarang. Sebagai seorang majikan pasti Aliff tahu menghargai pekerjanya dan memberikan bayaran setimpal dengan pekerjaan yang ditawarkan, cuma beliau tidak mahu menyatakan jumlah sebenar gaji pengawal peribadinya. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja respon selanjutnya daripada Aliff.

Sumber: http://bit.ly/2ugmXWh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan