Pelbagai cara untuk 'melepaskan' diri daripada masalah yang dicipta sendiri. Mulalah timbul macam-macam alasan yang tak masuk dek akal.
Harian Metro melaporkan seorang isteri telah membuat helah kononnya diculik, rupanya mengaku melarikan diri bersama seorang lelaki.
Kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila wanita berusia 40 tahun itu tidak muncul ketika suaminya mengambil pulang dari tempat kerja di sekolah di Klang.
Mangsa juga dikatakan tidak pulang pada hari berkenaan dan keesokannya, suami mangsa yang berusia 55 tahun menerima panggilan melalui telefon isterinya.
"Panggilan itu meminta suami mangsa menyediakan wang tebusan RM5,000 jika mahu isterinya dilepaskan.
"Bimbang dengan keselamatan isteri, suaminya melaporkan kejadian itu kepada polis," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan.
Hasil risikan polis, mereka berjaya menahan wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu, 9.30 pagi semalam di Klang.
Kemudian pihak polis menemui mangsa di hadapan restoran di Jalan Meru, Klang pada 11.30 pagi.
Mangsa juga ditemui dalam keadaan baik. Suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah ditahan pada sebelah petangnya.
Sumber: CARI forum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan