Remaja Perempuan Digilir 3 Lelaki, Kemudian Dipukul Dan Dibuang Dalam Hutan - Sensasi 24-7

Latest

Rabu, 15 November 2017

Remaja Perempuan Digilir 3 Lelaki, Kemudian Dipukul Dan Dibuang Dalam Hutan


Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol secara beramai-ramai, dirompak dan dipukul sebelum dibuang ke dalam hutan, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu, mangsa dirogol tiga lelaki terbabit di sebuah rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Menurut sumber polis, mangsa yang menetap di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada awalnya bersetuju untuk melepak bersama dua orang suspek yang kemudian mempelawanya menaiki kereta sebelum mereka makan dan berborak di kedai berhampiran.

Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah rumah dan sebaik saja tiba di rumah itu, terdapat seorang lagi lelaki berada di dalam rumah tersebut.

“Ketika mereka sedang berborak, salah seorang lelaki memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan merogolnya. Dua lagi suspek masuk dan melakukan perkara sama,” katanya.


Mangsa meminta untuk dihantar pulang ke rumah, tetapi suspek tidak mengendahkan permintaan mangsa.

“Mangsa sebaliknya dibawa menaiki kereta ke dalam kawasan hutan sebelum salah seorang daripada suspek memukul mangsa di bahagian muka.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan barangan peribadi miliknya. Mangsa enggan menuruti arahan suspek lalu menyebabkan dia ditendang keluar dari kenderaan.

“Barangan peribadinya termasuk telefon pintar, jam tangan, wang tunai serta kad pengenalan dirampas,” katanya.

Mangsa yang ditinggalkan bersendirian, pulang semula ke rumah dengan bantuan anggota RELA yang menemuinya di kawasan berhampiran, sebelum membuat laporan polis di Balai Poilis Dengkil, Sepang, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan polis kini sedang giat menjejaki kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Sumber: Eberita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan