Wanita Lahirkan Bayi Dalam Tandas Hotel Meninggal Dunia Akibat Kehilangan Banyak Darah.. - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 14 November 2017

Wanita Lahirkan Bayi Dalam Tandas Hotel Meninggal Dunia Akibat Kehilangan Banyak Darah..


KOTA KINABALU: Akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan bayi lelaki, seorang wanita ditemui mati di tandas sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini pada Selasa.

Mayat wanita berusia 24 tahun ditemui oleh pekerja hotel sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut, jam 7.30 pagi.

Turut ditemui seorang bayi lelaki cukup sifat yang selamat di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu M Chandra berkata, siasatan mendapati tempat kejadian berlaku sebuah bilik penginapan di tingkat 3 hotel berkenaan.

"Mangsa berada di hotel itu sejak pagi semalam dan kejadian disedari pekerja hotel lalu menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.


"Sebaik sahaja tiba mangsa disahkan meninggal dunia dan keadaan di tandas berlumuran darah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chandra berkata, hasil siasatan ke atas mangsa tidak ada sebarang kecederaan dan punca kematian dipercayai kehilangan banyak darah ketika melahirkan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menjalani pemeriksaan badah siasat ia akan dijalankan selepas keluarga mangsa dikesan.
"Manakala bayi lelaki yang selamat dilahirkan dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Tambah Chandra, orang ramai yang mengenai mangsa diminta untuk mengesan waris dan berhubung mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mustapha Rambli di talian 0198145090.

Sumber: Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan