Doa Terbaik Seorang Isteri, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walau Suami Tak Nampak - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 8 November 2019

Doa Terbaik Seorang Isteri, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walau Suami Tak Nampak


Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.

Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu.

Itulah… berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.

Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini…


Makbulnya Doa Seorang Isteri

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.

Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?

Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.

Bila Dan Cara Doakan Suami

Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.

Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

“YA الله INI SUAMI SAYA, SAYA SAYANG DIA LEBIH DARI DIRI SAYA, BANYAK KEBAIKAN DIA UNTUK SAYA. YA الله AMPUNILAH SEGALA DOSA DIA, JADIKANLAH DIA SUAMI YANG BAIK, YANG TAAT SEGALA PERINTAHMU. JADIKAN DIA SUAMI YANG SOLEH, BERTANGGUNGJAWAB, PENYAYANG, SUAMI YANG PRIHATIN, SUAMI YANG BAIK TERHADAP ISTERI DAN ANAK-ANAK.”

Isteri antara syurga atau neraka buat suami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan