Perarakan Maulidur Rasul hari ini terlihat begitu meriah dengan disertai oleh pelbagai kaum. Bukan semata-mata orang Melayu sahaja, malahan beberapa komuniti lain turut terlibat.
Etnik komuniti ikut perarakan
Sebagai contoh, masyarakat di negeri Sarawak yang tidak melepaskan peluang sama-sama berarak menujukkan semangat cintakan junjungan besar Rasulullah S.W.T.
Komuniti beragama Islam dari etnik berlainan itu telah pun berarak sejak pagi lagi dengan masing-masing memperagakan busana etnik suku kaum mereka.
Kaum Cina Islam turut berarak
Perarakan dari masyarakat Melayu
Inilah wajah sebenar Malaysia
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat di Berita Harian, rata-rata warganet berasa begitu teruja apabila perarakan tersebut diadakan sambil memperlihatkan pakaian budaya masing-masing.
Walaupun berbeza etnik dan kaum, agama yang dipegang masih lagi sama dan menjadikan kita semua adalah saudara seagama dalam Islam.
Mereka telah menurunkan komen-komen positif di Facebook sumber dengan menyatakan bahawa inilah wajah Malaysia sebenar.
Setiap Muslim pasti cintakan Rasulullah
Kita semua bersaudara
Sumber : Berita Harian via http://bit.ly/2MhsXqs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan