Sel Dah Merebak Ke Tengkorak Kepala, Anak Hidap Kanser Tahap 4, Ibu Tunggal Rayu Bantuan - Sensasi 24-7

Latest

Khamis, 26 Disember 2019

Sel Dah Merebak Ke Tengkorak Kepala, Anak Hidap Kanser Tahap 4, Ibu Tunggal Rayu Bantuan


Sesetengah orang sangat bernasib baik apabila dikurniakan tubuh badan yang sihat.

Namun terdapat juga golongan yang kurang bernasib baik  yang diuji dengan penyakit yang berbahaya iaitu kanser ketika di usia masih kecil.

Kanser merupakan penyakit membunuh yang sukar atau lambat dikesan oleh penghidapnya. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila mereka mengetahuinya apabila sudah di tahap kritikal.

Seorang ibu tunggal telah memuat naik status dan berkongsi tentang anaknya yang menghidap kanser neuroblastoma tahap 4.


Buang tumor kanser di tengkorak


Assalammualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4 sejak bulan 5 pada tahun ini.

Saya hanya berkerja sebagai pembantu di kantin sekolah sebelum anak saya disahkan ada kanser, dan saya hanya ibu tunggal (bercerai hidup). Setelah anak saya sakit saya tidak dapat berkerja disebabkan rawatan intensif kimoterapi terhadap anak saya.

Anak saya telah membuang tumor kanser pada 19.9.2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tapi malangnya pada 10 Oktober telah buat ct scan brain dan result telah menunjukan sel kanser telah merebak di tengkorak kepala dan yang terbaru doctor mengatakan ada ketulan di limpa.


Saya masih ada 2 orang anak lagi yang umur 12 tahun dan 6 tahun, yang umur 12 tahun terpaksa diberhentikan sekolah kerana saya tidak mampu membayar tuisyen untuk upsr dan saya mengambil keputusan menghantar ke pondok. Anak saya yang usia 6 tahun dijaga sepenuhnya oleh ibu saudara saya. Tahun depan akan melangkah ke tahun 1 dan satu apa pun persiapan tidak dapat dilakukan lagi.


Saya penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atas kelayakan ibu tunggal dan hanya menerima  RM 300.00 sahaja, dengan keadaan saya yang tidak berkerja dan perlu berulang alik ke hospital duit jkm itu tidak mencukupi kerana saya juga perlu membeli pampers bila anak saya perlu kimo.


Nur baru mula nak makan



Alhamdulillah, baru lepas kimoterapi. Nur baru mula nak makan. Walaupun masih lagi letih dengan kesan kimo. Kuat bangkit sebab harapan Nur nak sihat. Nur nak pergi sekolah katanya. Ummi hanya iakan ja. Yang sebenarnya rawatan Nur masih panjang lagi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan sedikit untuk meringankan beban saya. Jika tidak dapat membantu sya dengan wang ringgit saya harap dapat membantu dengan share kisah ini.

Cimb
7045637051
Emy Ezilliani bt Muhd Saidi

Sumber : Facebook Emy Ezilliani via Siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan