Daftar Anak Sekolah, Isteri Da’i Farhan Terkejut Dipanggil 'Aura 19' - Sensasi 24-7

Latest

Sabtu, 4 Januari 2020

Daftar Anak Sekolah, Isteri Da’i Farhan Terkejut Dipanggil 'Aura 19'


Semalam bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2020 dan hari yang sibuk untuk ibu bapa. Sudah tentu foto selebriti menghantar anak pada hari pertama persekolahan antara yang menjadi perhatian ramai.

Tidak ketinggalan pasangan sensasi, Da’i Farhan dan Dr Erin turut meluangkan masa untuk sesi pendaftaran, Berkongsikan kisah menarik pada hari pertama persekolahan anak-anak, Dr Erin terkejut apabila ada murid memangilnya dengan gelaran ‘Aura 19 Wanita Kaabah’.


Apa yang pasti, tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini dimana kali ini Dr Erin tidak keseorangan apabila menguruskan pendaftaran anak-anak bersama suaminya, Da’i Farhan.


November lalu, nama Da’i Farhan hangat diperkatakan apabila mengumumkan sudah pun berkahwin lagi dengan seorang janda anak lapan. Namun, timbul satu surat terbuka dari dari seorang wanita yang merupakan rakan baik isterinya mendakwa pendakwah itu berkahwin secara senyap-senyap.

Lebih hangat apabila Da’i Farhan mengeluarkan kenyataan bahawa dia tiada kekuatan untuk menolak calon ke 19 iaitu isterinya sekarang kerana ketika itu berada di Mekah.

Sumber: Astro Gempak via Rotikaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan