Kereta Bertembung, Budak 2 Tahun Maut Tercampak Dari Pangkuan Ibu - Sensasi 24-7

Latest

Khamis, 2 Januari 2020

Kereta Bertembung, Budak 2 Tahun Maut Tercampak Dari Pangkuan Ibu


ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.

Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala.

Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.


Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala kanak-kanak itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.

Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah kanak-kanak itu dihantar ke unit forensik HSB.

Sumber: Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan