"Abang, Ada Tak Duit Seringgit. Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang." Lelaki Ini Kongsi Tentang Nafkah Isteri - Sensasi 24-7

Latest

Isnin, 17 Februari 2020

"Abang, Ada Tak Duit Seringgit. Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang." Lelaki Ini Kongsi Tentang Nafkah Isteri


Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing. Dan berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungannya. 

Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.

Namun apa yang penting, suami memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Baca perkongsian lelaki bernama Wan Kamarul Wan Salim ini tentang kepentingan nafkah isteri.

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke negeri kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.


“Abang, ada tak duit seringgit (rm 1)?” soalnya. “ada. Nak buat apa sayang?” ku lihatnya makin kelu. Tampak berkaca di ruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.


“Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka allah. Maafkan sayang,” ujarnya perlahan.

“Kalau abang ada seringgit (rm1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang.” allah, sesungguhnya aku terkedu ya allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.

Ya allah, kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. Demimu ya allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.

Maafkan saya atas perkongsian ini. Nampak simple. Hanya nafkah. Walaupun isteri kita bekerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat allah untuk kita dalam berumah tangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.

DALAM REZEKI KITA, TERSIMPAN HAK ORANG LAIN. WALAU HANYA SERINGGIT!

Beruntungnya duhai suami jika kau memiliki isteri yang cukup memahami. Yang tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dia tahu suaminya mampu. Hargailah isterimu!

Sumber: Wan Kamarul Wan Salim via http://bit.ly/35q4ua5

1 ulasan:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam