Para suami kena ingat. Wajib tahu. Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur. Nafkah untuk isteri kena declared betul-betul clear.
“Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya.”
Full stop.
NAFKAH isteri diberi tanpa syarat. RM100 tu si isteri nak beli apa pun, ikut suka dia lah. Dia nak simpan, nak beli apa-apa. Itu hak dia. Ini baru betul. Cukup nasihatkan isteri, jangan buat benda tak baik.
Yang silapnya sekarang, bila wujud suami yang tak hulur duit belanja sebab? Sebab dia kata “Aku dah beli barang segala cukup semua dalam rumah. Makan pakai cukup. Cukup nafkah kamu.”
Silap.
Silap besar.
Bulan demi bulan si suami kata “Bilaaaa la aku nak senang. Tiap bulan tak cukup. Aduhai.”
Sebab apa tak cukup? Sebab dengan isteri kamu beri nafkah bersyarat.
Isteri bekerja dan ada duit sendiri? Duit isteri, hak isteri. Takkan membatalkan syarat wajib nafkah tersebut.
Pernah nampak orang miskin tapi hidup mereka sekeluarga penuh senyuman dan mesra?
“Sayang, ni abang bagi RM20 untuk nafkah sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit ja abang bagi.”….
si isteri pun jawab, “Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi kecik tu. Sayang beli tau.”…
Si suami pun balas, “Beli la sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol yang branded nanti.”… Mereka sama-sama sebut “Ameennn”
Dapat sesuatu?
Tuntutannya bukan pada nilai besar atau kecil. Tapi kefahaman dan ilmu tentang nafkah.
Apa hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?
Ustaz Azhar Idrus:
Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian, dan tempat tinggal.
Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias & bersuci, dan ubat-ubatan.
Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja.
Tapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari !! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan.
Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun “complete set” dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa.
Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.
Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata “abang tak payah beri nafkah” maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.
Ingat …. jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.
Nafkah & Duit Belanja Dapur Bulanan Adalah Berbeza. Nafkah Adalah Duit 100% Hak Milik Isteri Untuk Belanja Ke Atas Dirinya. Dan Isteri Ada Hak Ke Atasnya.
Sumber: http://bit.ly/38oMEW7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan