Lelaki ramainya rasa gugup apabila mahu berjumpa dengan bakal mentua. Rasa gugup disebabkan, risau jika mentua suka atau tidak dengan dirinya sendiri. Atas semua itu, janganlah kerisauan menjadi isu.
Jika anda berkelakuan baik dan benar-benar ikhlas untuk memperisterikan kekasih anda, pastinya bakal menantu akan menerima diri anda. Berikut ini adalah beberapa tips berguna buat anda untuk mengurangkan rasa kegugupan dalam jiwa anda.
Mahu berjumpa dengan bakal mentua, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan juga sopan. Jangan melawat rumah mentua dengan hanya memakai seluar pendek. Selebihnya, biarlah bakal mentua menjemput anda masuk ke rumah. Anda boleh memakai pakaian yang sesuai seperti baju kemeja atau t-shirt berkolar dan padankan dengan seluar panjang atau jeans.
1. Beradab

2. Ketahui minat dan hobi bakal bapa mentua
Ini adalah satu perkara anda perlu ketahui dari bakal isteri anda. Mungkin bakal mentua meminati sukan seperti bola sepak atau badminton, cubalah membuka topik ini untuk memudahkan mencipta perbualan.
3. Jadi diri sendiri
Ketahuilah, setiap lelaki pasti bimbang apabila pertama kali bertemu bakal mentua, tetapi jangan pula sampai tidak bercakap atau cuba membuat cerita bukan-bukan tentang latar belakang diri anda untuk memberi impresi yang baik kepadanya.
Jujurlah pada diri sendiri kerana kejujuran membawa kepada kebaikan. Tidak perlu jadi hipokrit kerana ianya menjengkelkan.
4. Rasional dan matang
Jika anda menjawab soalan yang diberikan oleh bakal mentua, jawablah dengan teliti dan jangan pula berseloroh berjenaka atau bermain-main. Dia masih tidak mengenali diri anda dan bukanlah kawan baiknya. Bersikap matang dan berikan jawapan yang rasional.
Sumber: http://bit.ly/35UiMAc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan