Ada macam-macam cara yang anda boleh lakukan untuk kuruskan badan seperti bersenam dan menjaga pemakanan dengan megambil makanan yang sihat.
Tapi bukan senang nak kuruskan badan. Kena disiplin dan bersungguh-sungguh, kalau tidak impian anda nak badan langsing hanya hangat-hangat tahi ayam.
Sebenarnya ada cara mudah untuk kuruskan badan. Memang sangat mudah iaitu dengan memberus gigi di waktu malam. Memberus gigi di waktu malam adalah cara terbaik untuk elakkan anda makan lewat malam.
Bila waktu malam je kita akan rasa lapar dan akan ke dapur untuk mencari makanan sebelum tidur.
Jadi untuk elakkannya, berus gigi anda sebelum tidur. Ubat gigi membuatkan mulut anda terasa segar dan buatkan anda hilang rasa lapar. Sisa-sisa makanan yang melekat akan menimbulkan aroma di dalam mulut yang membuatkan otak memberi isyarat lapar.
Bila dah berus gigi mesti tak nak makan dah sebab malas nak berus gigi lagi. Jadi, kalau anda nak kurus dengan cepat, rajin-rajin berus gigi setiap malam.
Kesan Jika Malas Memberus Gigi;
1. Pembuluh darah tersumbat
Malas menjaga kebersihan gigi dan gusi juga membuat plak berkumpul di dinding pembuluh darah mengakibatkan aliran darah menjadi lebih lambat atau berhenti sepenuhnya.
2. Strok
Apabila darah tersumbat, aliran darah ke otak pun terganggu menyebabkan oksigen ke otak berkurangan dan menjadi punca strok.
3. Gusi berdarah
Jangkitan pada tulang yang menyokong gigi boleh berlaku sekiranya mulut jarang dibersihkan menyebabkan gusi mengalami pendarahan.
4. Pneumonia
Pneumonia atau radang paru-paru akibat jangkitan pada pembuluh darah yang terjadi.
5. Sepsis
Sepsis adalah tindakbalas sistem imun berlebihan terhadap jangkitan yang terjadi pada tubuh menyebabkan radang pada tubuh dan pembekuan darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan