"Syukur Padamu Ya Allah" - Ali Puteh Sebak Isteri Disahkan Hamil - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 14 Februari 2020

"Syukur Padamu Ya Allah" - Ali Puteh Sebak Isteri Disahkan Hamil


Dalam kedukaan terselit kegembiraan, hanya itu yang mampu diungkap pelawak dari kumpulan Puteh Ali, yang juga adik kepada Allahyarham Abam.

Ali berkata, dia tidak menyangka isterinya Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.

“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang...Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.

“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.

“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” katanya sebak.


Ditanya mengenai kandungan isterinya, Ali memberitahu pemeriksaan berkala akan dilakukan mengikut prosedur seperti biasa.

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.

“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Ali pada 26 November tahun lalu, kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.

Ainul meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan.

Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.

Sumber: Gempak.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan