Tahap perkembangan anak adalah penanda dalam menilai tumbesaran anak dalam empat aspek utama iaitu pertuturan, kognitif, sosial dan emosional serta perkembangan motor.
Kesemua ini dibahagikan mengikut lingkungan umur anak-anak. Perlu ingat tahap perkembangan ini membantu ibu bapa dan pakar pediatrik untuk menentukan sama ada perkembangan kanak-kanak berada di tahap yang sepatutnya atau pun tidak.
Ibu bapa kena sentiasa peka. Mungkin ada sesetengah anak-anak kita yang cepat dari umur mereka dan tak kurang juga yang agak lambat. Namun selagi tak ‘lari jauh’ dari usianya tak ada masalah. Asalkan semua perkembangan yang penting anak tak terlepas.
Perkongsian dari Dr Say Shazril Shaharuddin mengenai perkembangan anaknya mungkin boleh dijadikan panduan ibu bapa.
Terdetik rasa risau
Bila sy up story Ace boleh tatih-tatih naik tangga pada usia 8 bulan ramai ibu dm sy menyatakan kerisauan mereka terhadap perkembangan anak masing-masing. Dalam story semestinya semua orang letak cerita indah-indah wahai ibu sekalian tapi sy & bini ada kerisauan kami jugak terhadap Ace. Babies sepatutnya develop social smile (sengih apabila orang sengih balik kat dia) sewaktu 2 bulan tapi Ace ke-kelat-annya bertahan smpi bulan keenam.
Itu baru tang social smile, belum cerita pasal poor eye contact dia, tak respond kepada nama dia dipanggil, takdak bunyi monosyllables (bunyi ma, pa, da) yg sepatutnya didengari pada 6 bulan & baaanyak lagi. Dan bini being a doctor & a 1st time mother apa lagi, risau sampaikan tak lalu makan, bercucuran air mata tahap tiada kawalan & tak boleh tidur malam penangan memikirkan worse case scenario yakni AUTISME.
Seperti manusia biasa bila banyak persoalan di minda, apa lagi kita google lah. Google ni sy taktau depa ni ada agenda Messiah ke apa tapi segala apa yg dia bitau pasai benda yg kita google-kan tu TEPAT pada situasi yg kita hadapi. Google cerita early sign of autisme basically semua yg sy senaraikan kat atas tadi. Terduduk bini dibuatnya & bertambahlah kegusarannya, siap awai-awai dia pesan kat sy “it’s ok ubby, if Ace turns out to be special, it’s ok if u wanna leave us” walhal sy tak sebut apa-apa pun..
Mula cari maklumat
Memikirkan kembali cabaran yg kami hadapi ni sebak rasanya. To be honest sy pun ada berlinang air mata jugak. Satu, sebab bukan senang kami nak dapat Ace. Dua, sebab Ace comei sangat to be special. Tipu la kalau sy tak risau.
Bini took one step further, dia cari pakar development kanak-kanak tersohor di Malaysia ni. Jumpa dua pakar. Tanpa membuang masa terus di-call-nya namun appointment terdekat is 6 bulan. Bini jadi rungsing, sy jadi kelu. Namun sy cuba kekal positif sebab bila sy tanya rakan2 yg mempunyai anak autism, kebanyakan cakap masih terlalu awal untuk risau kerana bayi bukanlah “one size fits all” kerana setiap bayi berbeza pekembangannya.
Satu hari bini terjumpa satu artikel yg mengatakan “anak akan menunjuk minat atau kecenderungan yang sesuai dengan personalitinya. Sekiranya anak itu cenderung dengan personaliti ‘athletic’ dia akan lebih cenderung dengan aktiviti fizikal & dia akan kurang gemar dengan aktiviti lain contohnya bersosial” terus laju2 bini share artikel tu pada sy. Terduduk sy dibuatnya sebab bila sy usha anak kawan2 sy pun kebanyakannya begitu. Ada tu sengih sokmo tapi lambat berdiri. Ada tu berceloteh sokmo tapi lambat berjalan.
Jangan terlalu obses bandingkan perkembangan setiap anak
Artikel tu cerita lagi “Bayi TIDAK BOLEH menguasai banyak perkara berbeza dalam sesuatu masa. Maka, ada benarnya kata orang tua-tua anak yang cepat kaki, lambat sikit mulutnya. Pokoknya, usahlah parents terlalu obses membanding perkembangan anak.
Anak yang pandai berjalan pada usia 10 bulan itu tak ada beza kualiti jalannya dengan anak yang pandai berjalan pada usia 16 bulan ketika kedua-duanya berusia 3 tahun”. Penangan artikel ni melonjak terus mood bini sy. Tiada la tangisan tanpa kawalan, tiada lagi tak lalu makan & tiada lagi keruan.
Anak yang pandai berjalan pada usia 10 bulan itu tak ada beza kualiti jalannya dengan anak yang pandai berjalan pada usia 16 bulan ketika kedua-duanya berusia 3 tahun”. Penangan artikel ni melonjak terus mood bini sy. Tiada la tangisan tanpa kawalan, tiada lagi tak lalu makan & tiada lagi keruan.
Ya artikel tu sangat membantu melegakan kerisauan kami akan tetapi kami masih berjaga-jaga dengan perkembangan Ace. Alhamdullilah walaupun masih lokek berbunyi tapi eye contact Ace terhadap kami cukup lama, respond kepada namanya cukup bersahaja & senyuman manisnya cukup mudah dibelanjanya. Jadi kepada parents di luar sana yg mungkin risau seperti kami, chill, take a deep breath & just enjoy the process of our child growing up k?
Sumber: Dr Say Shazril via http://bit.ly/2P6Ofcd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan