Isteri Kerja, Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah. Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 18 Februari 2020

Isteri Kerja, Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah. Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki


Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri, NAFKAH TETAP KENA BAGI. Jangan sesekali abaikan walaupun isteri ada duit ya.

Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri…tak kisahlah walau gajinya lebih tinggi atau keuntungan perniagaannya lebih banyak dari suami.

Ini kerana kedudukan suami itu dalam rumahtangga…

Suami itu ketua, suami itu pemimpin dan suami bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya iaitu isteri dan anak-anak di akhirat kelak, suami akan ditanya tentang kebajikan isteri dan anak-anak.

Tanggungjawab hakiki untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan seorang isteri masih di bahu suami walau apa jua pekerjaan isteri.


Suami tak boleh paksa isteri untuk bayar hutang suami, suami tak boleh rampas duit isteri untuk kegunaan suami.

Duit isteri tetap duit isteri walau suami yang membenarkan isteri bekerja atau berniaga.

Sekiranya Suami Ingin Mengagihkan Komitmen Keluarga Dengan Cara “Ini Awak Bayar, Itu Saya Bayar”, Maka Suami Perlu Dapat Izin Dan Redha Isteri. Isteri Perlu Ada Kesedaran Untuk Membantu Meringankan Bebanan Suami Dalam Menanggung Keluarga. Kebiasaannya, Ini Cara Yang Diamalkan Oleh Kebanyakan Suami Dan Isteri Yang Bekerja/Berniaga.

Suami bayar rumah, isteri bayar kereta…

Suami beli barang mentah, isteri bayar yuran sekolah…

Suami bayar bil utiliti, isteri bayar duit makan hari-hari…

Suami masih wajib untuk menanggung apa yang sepatutnya ditanggungnya dengan kemampuan yang dia ada. Jika suami masih ada duit lebih selepas dibantu isteri, maka suami perlu ambil lagi bebanan yang ada dibahu si isteri.

Kewajipan menafkahi akan terlepas sekiranya si isteri redha untuk suami tidak menyediakan makan minum, pakaian, perubatan dan tempat tinggal kerana si isteri mampu untuk melakukan yang sedemikian dengan pendapatan yang dia ada. Jika tidak, NAFKAH TETAP KENA BAGI.

1 ulasan:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam