PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair pada pagi Selasa akibat serangan jantung masih mengejutkan dunia hiburan Malaysia dan Indonesia.
Isteri Allahyarham yang juga penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari masih dalam keadaan sedih dan belum bersedia untuk ditemuramah media.
Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik sebuah akaun Instagram memperlihatkan kondisi Bunga Citra Lestari yang sayu menerima kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Bunga kelihatan mengangguk-anggukan kepala ketika bercakap dengan seseorang.
Ayat-ayat suci Al-Quran turut diperdengarkan di dalam kediaman itu.
Menerusi video itu juga, penyanyi lagu Sunny itu mengenakan pakaian putih dan mata sedikit sembap.
Sehingga kini Bunga belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan kematian itu.
Pengurusnya iaitu Doddy meminta media menghormati privasi pelakon itu.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 41 tahun di Rumah Sakit MMC Kuningan, Jakarta Selatan, kira-kira pukul 4 pagi Selasa.
Jenazah akan dikebumikan di San Diego Hill selepas Asar.
Sumber: Mstar Online
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*