Gara-gara tindakannya menasihati netizen supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum serta mengadili ujian menimpa Da’i Syed, kisah rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufya diungkit oleh netizen.
Menerusi Insta Story, PU Abu memuat naik paparan skrin mesej daripada netizen yang mengecam tindakannya itu serta mengatakan pendakwah itu tidak layak bersuara kerana pernah menceraikan bekas isteri ketika sarat hamil.
“Tak layak nak ingatkan orang. Cerai bini pun masa dia mengandung. Ada hati nak nasihat. Baik aku terima nasihat daripada pelacur je daripada penunggang agama macam hang,” tulis individu itu.
Bagaimanapun, Abu beranggapan individu tersebut sebenarnya tidak memahami mesej yang cuba disampaikan sebelum ini. Jelasnya, dia hanya menegur berhenti bercakap pasal orang tidak kira siapa pelaku kesalahan itu.
“Bila tak memahami apa yang kita tengah cakap tapi nak juga ulas apa kita cakap. Inilah jadi. Aku hanya cakap soal berhenti bicara fasal orang tak kira siapa pelaku kesalahan itu.
“Bukan memilih siapa pelakunya. Contoh bila kita dengar orang yang ada sejarah tidak baik diuji kita sebut ia sebagai bala, balasan tapi bila seorang yang baik diuji kita sebut sebagai ujian.
“Bukankah itu dikira double standard. Agama tak pernah ajar penganutnya jadi seperti itu. Lebih baik diam daripada nak komen atau ulas isu orang,” katanya.
Membalas komen seorang netizen yang menuduh dirinya tidak mahu mengakui kesilapannya ceraikan isterinya ketika hamil, Abu berkata dia menyesali perbuatannya itu dan cuba sedaya upaya menebus segala kesilapan.
“Demi Allah, aku tidak pernah pertahankan apa yang telah aku buat setahun lalu. Malah, aku anggap kalau tak diuji dengan viral mungkin aku tak ambil pengajaran,” katanya.
Semalam, PU Abu menyuarakan pendapat mengenai kontroversi terpalit Da’i Syed didakwa merogol seorang gadis. Abu menegur sikap netien yang terlalu mudah menjatuhkan hukum meskipun tidak tahu perkara sebenar.
Sumber: Mstar Online via Rotikaya.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan