Letakkan Tangan Anda Dan Lihat Rahsia Cinta Disebalik Garisan Yang Anda Tak Tahu - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 1 September 2017

Letakkan Tangan Anda Dan Lihat Rahsia Cinta Disebalik Garisan Yang Anda Tak Tahu


Sememangnya terlalu banyak rahsia yang terdapat pada tangan kita. Mungkin kita biasa dengar orang dulu-dulu yang suka melihat garis garis yang ada pada tangan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada seseorang itu. Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan terlalu fanatik untuk mempercayainya.

Kesan garisan pada tangan boleh menampakkan garis cinta dan menghuraikan karakter seseorang. Cuba rapatkan kedua-dua tangan anda bersama-sama, pilih corak yang ada ada dan lihat sendiri.

Garis yang selari


Jika pasangan anda juga mempunyai garis yang sama anda bernasib baik kerana mereka mempunyai niat yang serius dan inginkan hubungan itu berpanjangan. Mereka lebih rasional dan tidak menyukai perubahan yang drastik dalam kehidupan. Dari segi personaliti, mereka mempunyai watak yang lemah lembut, bijak dan menghargai pendapat orang lain.

Garis tangan kiri lebih rendah 


Orang ini lebih gemar pasangan yang lebih tua dari tahun mereka. Mereka ini mempunyai style mereka tersendiri dan bersikap romantik serta berkebolehan untuk mencari kawan baru dengan cepat. Mereka selalu mendengar perasaan keenam mereka (sixth sense) dimana jarang tersilap langkah.

Garis tangan kanan lebih tinggi


Orang ini suka pada hidup yang rilex dan tidak tergesa-gesa untuk mempunyai hubungan yang serius dan mementingkan kebahagiaan diri sendiri dahulu. Tapi apabila mereka memutuskan untuk pilih seseorang dalam hidup mereka, itu akan menjadi orang yang lebih muda dari diri mereka atau mahukan orang yang berbeza kewarganegaraan. Mereka mempercayai apa yang dilihatnya sahaja bukan apa yang mereka dengar dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Orang ini lebih gemar berdikari dan mudah menyelesaikan masalah dengan cara sendiri tanpa melibatkan orang lain

Sumber: Nakbebel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan