Rohingya Bangsa Tak Sedar Diri, Cukup-Cukuplah Menyusahkan Malaysia Luah Aktivis. - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 1 September 2017

Rohingya Bangsa Tak Sedar Diri, Cukup-Cukuplah Menyusahkan Malaysia Luah Aktivis.


Aku dapat berita di Dhaka ni bahawa sekumpulan masyarakat Rohingya telah mengadakan demonstrasi di KL. Memandangkan Bangladesh juga terpalit isu Rohingya ini memandangkan mereka yang paling rapat dari segi budaya, bahasa dan geografi, aku bertanya pada business associates di Bangladesh akan pendapat beliau tentang orang Rohingya.

Beliau beritahu memang sebelum perpecahan negara India menjadi Pakistan seterusnya Pakistan berpecah menjadi negara Bangladesh, memang orang Rohingya ini berasal dari tanah Bengal (Selatan Bangladesh) ke Myanmar, dibawa oleh orang2 British sebagai buruh mereka. Lalu Myanmar mencapai kemerdekaan,mereka tak diiktiraf kewarganegaraannya. Alasannya, kerana mereka mahu mengekalkan identiti mereka sebagai bangsa Rohingya dan tak mahu mengaku sebagai orang Benggali. Maka dengan pelbagai tekanan dari kerajaan Myanmar maka jadilah mereka pelarian, antara yang paling ramai ialah di Bangladesh.

Oleh sebab ramainya bangsa ini di Bangladesh, mereka telah mendatangkan banyak masalah kepada kerajaan Bangladesh. Mereka mencari masalah dengan orang Bangladesh. Lalu kerajaan Bangladesh menutup sempadan di Myanmar bagi mengelakkan lebih ramai orang Rohingya masuk.

Baru-baru ini, orang Rohingya telah mendatangkan masalah lebih besar kepada kerajaan Bangladesh. Seperti yang kita tahu, di Bangladesh ini hampir 99% penduduknya beragama Islam, namun terdapat juga kelompok minoriti Buddha dan Hindu. Disebabkan dendam mereka pada orang Buddha, orang Rohingya telah bertindak membakar beberapa kuil Buddha di Bangladesh. Ini menimbulkan ketegangan antara kerajaan Bangladesh dan Myanmar kerana Myanmar menuduh orang Bangladesh yang membakar kuil Buddha. Maka disebabkan perangai buruk mereka maka nama Bangladesh terpalit sedangkan masyarakat Islam Bangladesh hidup aman tenteram bersama masyarakat Buddha.

Banyak lagi masalah yang ditimbulkan oleh mereka yang menyebabkan bukan sahaja Myanmar, tapi Bangladesh juga tidak mahu mengiktiraf mereka walaupun mereka ini paling hampir dengan orang Bangladesh. Bagi kita di Malaysia, memang kita simpati dengan nasib mereka yang dibunuh dan diseksa saban hari di Myanmar. Tapi harus kita tahu juga, sikap bangsa mereka ini sendiri yang menyebabkan mereka enggan diiktiraf oleh mana2 kerajaan sebagai rakyat. Mereka suka mengganggu ketenteraman dan memberontak.

Sebagai negara yang bermurah hati mungkin kita boleh membantu dari segi kebajikan seperti menghantar bantuan makanan dan perubatan, namun untuk memberikan mereka tempat berteduh di tanah air kita, usahlah. Kelak kita yang menyesal. Tentu ada sebab kenapa pemenang nobel keamanan, Aung San Suu Kyi tidak mahu mengiktiraf bangsa ini di Myanmar. Jika mereka berkelakuan baik dan berintegrasi dengan baik dengan masyarakat Buddha di Myanmar sudah pasti tak ada masalah untuk mereka diiktiraf. Hanya satu sebab, BANGSA ROHINGYA TAK SEDAR DIRI.

-------------

ROHINGYA, CUKUP-CUKUPLAH BUAT KAMI MALAYSIA TERSEPIT!


Tulisan saya tentang isu Rohingya telah menjadi perdebatan hangat yang saya sendiri tak sangka. Ramai yang memberi respon negatif dengan memaki hamun saya tanpa memahami pokok pangkal isu. 

Sebagai manusia biasa, sudah pasti sedikit sebanyak saya terkesan dengan hamburan caki maki yang dilemparkan, malah ada yang mempersoal akidah saya. Ramai yang buat2 pandai mengeluarkan segala fakta untuk menghentam saya. Soalnya, apakah idea kalian tentang solusi isu Rohingya ini? Seperti saya katakan, saya juga bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara seagama saya. Namun, adakah dengan sekadar menyatakan rasa simpati dan sedih dapat merungkai masalah yang menimpa mereka? 

Namun saya bersyukur, masih ada yang memahami niat baik saya dan beberapa orang pensyarah, ahli agama, aktivis dan wartawan telah mengubungi saya dan memberi saya semangat untuk terus memberi pemahaman kepada masyarakat tentang isu ini dengan memberikan saya pelbagai maklumat dari sumber2 yang sahih. Apa yang saya tuliskan ini adalah olahan saya hasil maklumat yang diberi beserta kefahaman saya sendiri, kalau ada fakta yang salah tolong betulkan kerana ini adalah forum terbuka.

Saya setuju ini adalah soal kemanusiaan. Isu kekejaman terhadap sesuatu etnik tidak harus ditoleransi oleh dunia. Bagaimanapun, apa yang kita mampu kita buat untuk bantu selain memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar dan menghantar misi kemanusiaan ke Rakhine? 

Di akhirnya, kerajaan Myanmar dan masyarakat Rohingya sendiri yang perlu mencari pelan damai antara mereka. Bukan mempertanggungjawabkan isu ini kepada negara2 serantau atas alasan kemanusiaan. Saya telah terangkan bagaimana formula kerajaan Bangladesh dalam menyelesaikan konflik dengan Indigenous People of Bangladesh dalam artikel sebelum ini, yang akhirnya memberi win-win situation kepada kedua2 belah pihak. Kalau mereka boleh kenapa Myanmar dan Rohingya tidak? Kesimpulannya, konflik ini berlaku kerana keegoan kedua2 pihak. Kerajaan Myanmar dan Rohingya.

Anda pasti tahu bahawa Myanmar adalah negara yang mengamalkan dasar asimilasi yang dipanggil Burmanization iaitu konsep satu bangsa satu bahasa, sama seperti di Indonesia dan Thailand. Tak seperti negara kita yang mengamalkan konsep integrasi kaum yang lebih terbuka kepada perbezaan bangsa dan bahasa. Masalahnya, kerajaan Myanmar berdegil untuk tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat Myanmar kerana perbezaan budaya dan bahasa mereka dan keengganan mereka keluar dari kelompok mereka sendiri untuk menjadi sebahagian komuniti rakyat Myanmar. Di pihak Rohingya juga, mereka turut berkeras kepala agar diiktiraf sebagai warganegara tanpa mahu berintegrasi dengan etnik2 yang lain, tidak mahu keluar dari pengasingan dan hanya mahu menjadikan hanya wilayah Rakhine sebagai tanah air mereka serta mengekalkan identiti mereka untuk dikenali sebagai masyarakat 'Rohingya' yang bertentangan dengan dasar asimilasi Myanmar. 

Sikap mereka ini jauh berbeza dengan masyarakat Muslim dari etnik lain seperti India Muslim, Cina Muslim malah etnik Melayu Muslim Myanmar yang diterima baik dan diiktiraf sebagai rakyat Myanmar dek kerana sikap mereka yang lebih terbuka dalam menghormati dasar kerajaan. Justeru, yang menuduh saya assobiyah itu, sebaiknya anda nilai sikap Rohingya dahulu sebelum menghukum saya.

Saya kurang setuju kalau dikatakan Myanmar mengangkat negara mereka sebagai 'religious state' atau negara Buddha yang hanya membenarkan agama Buddha diamalkan. Kalau benar, kenapa komuniti beragama lain seperti Muslim dan Kristian boleh hidup di sana? 

Malah, masjid juga dibina bersebelahan kuil buddha tanpa sebarang ancaman. Namun, sebagai negara yang majoritinya beragama Buddha, sudah tentu penganut Buddha rasa terancam kalau ada komuniti yang cuba mengangkat wilayah tertentu sebagai wilayah agama lain. Samalah halnya kalau negara kita yang majoritinya beragama Islam tapi ada pihak tertentu nak jadikan negeri tertentu, Pulau Pinang contohnya, sebagai negeri Kristian, pasti umat Islam Malaysia rasa terancam. Ini common sense dan harus dihormati kaum minoriti tak kira di mana sekalipun.

Bila Rohingya terus menjadikan bangsa mereka 'isolated' dan tak mahu keluar dari komuniti seperti yang dilakukan oleh Indigenous People of Bangladesh, maka berlakulah pembantaian oleh tentera Myanmar yang disifatkan sebagai tindakan penghapusan etnik. Myanmar mahu melenyapkan etnik Rohingya dengan kejam, dan tindakan ini mesti dikutuk sekeras2nya kerana menyalahi norma kemanusiaan. 

Di pihak Myanmar, mereka menidakkan pula tindakan mereka sebagai penghapusan etnik sebaliknya sebagai 'hukuman' kepada Rohingya kerana tak mahu menerima dasar asimilasi Myanmar. Di sini jelas bahawa isu ini bukan isu agama, tetapi lebih kepada isu dasar kerajaan Myanmar yang telah memangsakan mereka. Justeru disebabkan tak mampu lagi menangggung seksaan junta, mereka keluar meninggalkan tanah air melalui jalan laut dan darat sebagai pelarian ke negara2 jiran seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia untuk mendapatkan perlindungan di bawah naungan UNHCR.

Wajarkah kita membantu mereka? Sudah pasti! Mereka adalah etnik yang trauma, lemah, kesakitan, kelaparan dan buta huruf. Bantuan mesti kita hulurkan dari sudut kemanusiaan. Inisiatif Malaysia saban tahun untuk menghantar misi bantuan dalam pelbagai bentuk mesti menjadi contoh sebagai negara yang mempunyai kesedaran tinggi akan hak asasi manusia. 

Persoalannya, selain hulur bantuan, apa inisiatif kita untuk selesaikan isu ini? Memadaikah sekadar beri bantuan setiap tahun sedangkan isu mereka di Myanmar menemui jalan buntu? Kerajaan Myanmar lagi suka kita hulurkan bantuan agar mereka boleh lepas tangan dari menjaga kebajikan etnik Rohingya. Soalnya sampai bila? Nampaknya, kita saja yang berusaha keras dan vokal dalam isu Rohingya, sedangkan kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya sendiri tak mahu mencari pelan damai antara mereka dan masing2 dengan pendirian masing2 yang akhirnya meletakkan negara2 jiran seperti Malaysia dan Thailand dalam keadaan serba salah antara KEMANUSIAAN vs KEDAULATAN negara yang perlu dijaga.

Bagi Myanmar senang saja, halau 1.2 juta etnik Rohingya dari bumi Myanmar, maka misi mereka selesai. Bagi Rohingya pula ada dua pilihan, sama ada etnik mereka diiktiraf atau mereka lari mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain. Masalahnya, mereka ini mahu ke mana? Tanah air mereka di Rakhine sana, bukan di Saudi, Bangladesh atau Malaysia. Tak ada negara yang mampu terima pelarian seramai itu sekaligus. Apatah lagi, dengan sikap mereka yang Assobiyah dan tak mahu berintegrasi itu. Kalau di negara sendiri pun mereka tak mahu berintegrasi, apa lagi di negara orang seperti Malaysia? Mereka pasti duduk dalam komuniti sendiri dan berkeras untuk mengekalkan identiti etnik mereka, dan mula membuat tuntutan hak yang bukan2 dan mungkin menimbulkan masalah rusuhan kaum dengan masyarakat lokal di belakang hari. Malahan, sekarang pun sudah ada yang menyalah guna status UNHCR itu untuk kepentingan diri dan menganggap status itu menyebabkan mereka 'kebal' undang2.

Ada yang beritahu, kalau sekarang kerajaan Bangladesh telah gazetkan satu pulau tidak berpenduduk di wilayah Chittagong untuk tempatkan pelarian Rohingya, kenapa tidak Malaysia buat benda yang sama? Tahu tak, Malaysia dah lama buat! Bagi yang rajin membelek sejarah, dah pasti anda tahu bahawa Malaysia satu masa dahulu amat terkenal sebagai negara yang amat 'mesra pelarian' sampai kita menyediakan sebuah pulau untuk 120,0000 pelarian Vietnam satu masa dahulu! Hinggalah tercetusnya peristiwa Pulau Bidong yang hampir mengggugat kedaulatan negara kita dek sikap pelarian yang tak sedar dek untung! Bagi yang tak tahu, InsyaAllah saya akan bongkarkan kisah Pulau Bidong ini dalam artikel akan datang. Jadikan ia sebagai pengajaran agar pisang tak berbuah dua kali. Kalau kami buka tanah air kami ini untuk semua bangsa, apa ertinya nenek moyang kami berkorban mempertahankan tanah air kami dari penjajahan asing? Kami juga pernah menjadi bangsa tertindas dahulu, tapi adakah nenek moyang kami lari meninggalkan tanah air? Bangsa mana yang hulur bantuan pada kami ketika itu? Sebab itulah kami, Malaysia menolak untuk menandatangani Konvensyen Pela­rian 1951 dan Protokol 1967, sebab kami masih ingat peritnya nenek moyang kami berjuang membebaskan tanah air ini.

Berbalik soal Rohingya, saya tetap berpendirian isu ini hanya mampu diselesaikan melalui rundingan damai antara kerajaan Myanmar dan etnik Rohingya. Satu pelan damai bersifat win-win situation mesti dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang. Jika perlu, mungkin Malaysia boleh jadi fasilitator kerana kita berpengalaman luas dalam menyelesaikan isu2 setempat seperti isu konflik masyarakat Islam di Timur Filipina dan Selatan Thailand. Cukup2lah letakkan kita dalam keadaan tersepit dan serba salah antara kemanusiaan dan kedaulatan negara disebabkan isu Rohingya yang tak berkesudahan. Bangkitlah, bangkit Rohingya!

Apa pun, kami akan terus membantu kalian selagi diizinkan Allah dan doa kami agar kalian kuat menghadapi dugaan ini dan menjadi bangsa yang berjaya di dunia satu hari kelak. InsyaAllah.

Sumber: Mohd Faizal Zulkifly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan