Jangan Kedekut, Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 10 November 2019

Jangan Kedekut, Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan


Mahal macam mana pun botol, tukarlah dengan kerap. Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat-sangat tidak relevan (kecuali belum digunakan).

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat,

EH? BERAPA LAMA EH BOLEH TAHAN BOTOL SUSU NI? TAKKANLAH SELAMA-LAMANYA PULA?

Pernah tak terfikir perkara yang sama? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita itu? Apa kesan sampingannya juga menggunakan botol susu yang terlampau lama kepada anak? Tahu tak?

Rupa-rupanya, bahaya guna botol susu yang sudah lebih dari tiga bulan. Lebih bahaya jika terdapat banyak calar balar di bahagian dalam botol. Kesan calar itu akan mengeluarkan toksik dan boleh memudaratkan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free itu, paling maksimum pun 6 bulan sahaja tempoh penggunaannya.

APA ITU BISFENOL A (BPA)?

Bisfenol A (BPA) ini bahaya terhadap keluarga kita khususnya bayi. BPA adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna, antaranya;

  • Botol susu bayi
  • Botol air mineral
  • Bekas makanan
  • Teether bayi


Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.


JANGKA HAYAT BOTOL SUSU

Jika botol susu ada BPA, jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA Free, jangka hayatnya lebih panjang. Namun begitu, sebaik-baiknya tukarlah botol susu anak anda sekiranya warna botol sudah berubah, banyak kesan calar dan sudah kekuningan.


KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN & BAYI

BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbahan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini, kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti:

  • Baligh awal
  • Kanser payudara
  • Kanser prostat
  • Penyakit jantung
  • Obesiti
  • Kencing manis
  • Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan hormon!


Faktor pengaruhi larut resap BPA ke dalam makanan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya:

  • Kepanasan (api/matahari)
  • Calar
  • Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).


TIPS MENGELAKKAN BPA

Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini. Tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan microwave ataupun direbus.

Kurangkan pengambilan makanan dalam tin. Pilihyang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilihlah dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan plastik daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan dan minuman panas.

Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adaah polikarbonat (elakkan kod 3 kerana ia mengandungi toksin).

Jika mahu membungkus sup atau air panas dair penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik.

Jangan biarkan air dalam botol dan berjemur di dalam kereta yang kemudian diminum.

TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA

Gunakan botol susu daripada kaca atau stanless steel. Ianya tahan lama dan tidak perlu risau tentang BPA atau boleh gunakan juga botol plastik yang bebas BPA. Tetapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan. Elakkan menggunakan botol polikarbonat.

Jika anda menggunakan botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak di dalamnya.

Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span. Bukan guna berus sawai untuk untuk basuh botol bayi.

Gunakan Sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda

BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA?

1. Kesan calar pada botol

Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan. Jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukar botol anak. Bimbang terdapat pembebasan sisa toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2. Sterilizer

Penggunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol. Contohnya, jika botol boleh digunakan selama 6 bulan, mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebabnya adalah kerana ia melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan BPA dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

3. Warna botol

Jika botol anak kelihatan kekuningan, andanya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di baagian dalam botol.

4. Bau

Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerap kali dibasuh, tukar botol kerana bau itu mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.

5. Sabun Pencuci Botol

Penggunaan pencuci botol susu juga perlu diambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan berish. Gunakan bahan pencuci yang bersifat organik.

Sekarang sudah tahu kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para ibu semua. Buat pilihan yang tepat untuk kesihatan si manja yang tersayang.

Sumber: FB Maya Darwish

Tiada ulasan:

Catat Ulasan