Muka Lumpuh Sebelah Sebab Selalu Tidur Dengan Rambut Basah - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 10 November 2019

Muka Lumpuh Sebelah Sebab Selalu Tidur Dengan Rambut Basah


Balik kerja dah lewat. Kadang-kadang tu pukul 8-9 malam baru sampai rumah. Badan pula penat dan letih. Selesai je mandi, tak tunggu rambut kering, terus tidur. Ramai orang yang hidup dengan rutin harian macam ni.

Pernah tak dengar orang tua-tua kata, keringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur. Pernah terfikir apa sebabnya?

Ramai yang ambil mudah dan abaikan nasihat ini. Biasalah, nasihat atau petua lama siapa yang nak dengar? Padahal, nasihat inilah yang mungkin akan menyelamatkan nyawa anda.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh World Of Buzz, seorang wanita mengalami lumpuh pada bahagian kiri mukanya kerana kerap tidur dalam keadaan rambut basah.

Kejadian ini berlaku di China. Xiong, seorang wanita berusia 32 tahun yang bekerja di sebuah pusat membeli belah dan selalu pulang lewat ke rumah.


Akibatnya, dia kerap tertidur selepas mandi kerana kepenatan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Satu hari, dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka dan mulutnya mula senget ketika dia sedang menggosok gigi.

Risau dengan keadaan itu, dia segera berjumpa dengan doktor. Namun, amat mengejutkan apabila doktor mengesahkan yang saraf muka Xiong telah lumpuh.


Perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut basah.

Menurut doktor, rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang dan lumpuh ini menjadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan rehat dan tenang semasa tidur.

Bagaimanapun, Xiong bernasih baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku untuk sementara waktu.

Doktor juga menasihatkan Xiong agar mengubah tabiatnya dengan mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria. Ini sekaligus menyebabkan jangkitan.

Terkejutkan? Jadi, bagi anda yang suka tidur tanpa mengeringkan rambut tu, elok fikir semula.

Sumber: Petua Ibu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan